24 case study iklan kami, termasuk yang gagal. Baca percuma.Baca sekarang →
DRAFT MOCKUP

Tingkatkan sales tanpa menambah bajet iklan.

Leads murah tidak berguna jika tiada yang membeli. Kami mengurus iklan Facebook, Instagram dan Google Ads anda, dan WhatsApp AI chatbot membuat follow up sehingga pelanggan membeli.

Adsolution Digital Marketing ialah digital marketing agency yang mengurus iklan Facebook, Instagram dan Google untuk bisnes SME di seluruh Malaysia, dari pejabat kami di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kami memasang WhatsApp AI chatbot untuk menjawab dan membuat follow up leads 24 jam, dan kami mengukur hasil berdasarkan jualan, bukan setakat leads.

Case study

Database berjuta sekalipun, jika tidak close, apa gunanya?

Sebab itu kami mengukur jualan, bukan setakat leads. Ini tiga contoh daripada 24 case study kami, dengan nombor sebenar.

Laporan jualan sebelum dan selepas menambah butang WhatsApp: ROAS 1.53 naik kepada 3.00, kos per pembelian RM105.77 turun kepada RM50.59

Bisnes dengan website (WhatsApp Bot AI)

JualanRM2,097 → RM13,362
ROAS1.53 → 3.00
Kos per pembelianRM105.77 → RM50.59
Bajet iklanRM1,374.97 → RM4,452.03

Sumber: data iklan sebenar klien, NICHE KESIHATAN – Diabetic Skincare

Iklan sama, salespage sama. Kami hanya menambah butang WhatsApp + Bot AI. Bajet naik 3x, tetapi ROAS naik hampir 2x.

Laporan iklan bisnes servis sebelum dan selepas: closing rate 0.51% naik kepada 9.09%

Bisnes servis

Closing rate0.51% → 9.09%
Kos per leadRM4.40 → RM15.29
Jualan berjaya2 → 8
Leads396 → 88

(lebih sedikit, tetapi lebih berkualiti)

Sumber: data iklan sebenar klien, NICHE EDUCATION – SKM Student Enrollment

Kos per lead naik lebih 3x. Tetapi jualan yang berjaya naik 4x. Yang mana anda mahu?

Ads Manager sebelum dan selepas: kos per mesej WhatsApp RM25.67 turun kepada RM2.42

Bisnes produk (B2C)

Kos per mesej WhatsAppRM25.67 → RM2.42

Sumber: data iklan sebenar klien, NICHE KESIHATAN - Supplement

Kami menguji banyak pain point, menghentikan iklan yang tidak berkesan, dan memfokuskan pada 9 yang berjaya.

Iklan yang kami hasilkan

Poster dahulu. Video kemudian.

Kami menguji banyak headline, angle dan hook menggunakan poster dahulu, dengan kos yang minimum. Apabila sudah menemui yang berjaya, barulah kami menjadikannya video.

Iklan poster BioKesum: Lupa duit letak mana, tadi beli apa, berapa baki?
Iklan poster BioKesum: Lupa rakaat? Selalu tersilap?
Iklan poster BioKesum: Mak suka tidur lewat?
Iklan poster BioKesum: Lupa apa makanan yang dipesan tadi
Iklan poster BioKesum: Baru 60, tapi selalu lupa?
Iklan video BioKesum: Betul ke ini tanda awal nyanyuk?

Mahu tambah video? Dari RM100 satu video.

Kami juga pernah gagal

Closing rate 0.52%. Hasilnya sangat mengecewakan.

Kami pernah terlalu percaya pada WhatsApp Bot AI. Produk supplement baharu, RM93 sebotol. Banyak leads masuk, Bot AI menjawab semua soalan dengan baik. Tetapi sebaik sahaja harga diberitahu, mereka terus senyap.

5 perkara yang kami pelajari

  • Kualiti traffic
  • Level of awareness
  • Pricing
  • Closing window
  • Product demand

Bukan semua produk boleh terjual pada hari yang sama. Semakin mahal produk, semakin lama orang berfikir.

Apa yang kami ubah

Kami mencadangkan diskaun 50% untuk pembelian pertama, supaya pelanggan merasai sendiri kualiti produk. Selepas itu, susun CRM supaya mereka membuat repeat order.

Mengapa kami berkongsi

Banyak perkara boleh dipelajari daripada hasil yang mengecewakan ini. Kami lebih suka anda mengetahui risikonya dari awal.

Hasil dan KPI hanya terpakai apabila bajet iklan sekurang-kurangnya RM30 sehari.

Pelan naik taraf

Mula kecil. Naikkan bajet apabila data sudah baik.

Agresif pada tempatnya. Ini pilihan pakej kami, daripada yang paling asas hingga High-end.

Langkah
Servis Apa
Untuk siapa
Pelaburan
Hasil jangkaan
Masa
#1
Sesuai untuk local service businesses dengan bajet iklan bawah RM100 sehari.
RM1,200 / bulan
Iklan direct ke WhatsApp. Target untuk penuhkan slot service harian.
Tempoh servis selama 30 hari.
#2
Untuk klien yang tiada video untuk dijadikan bahan iklan.
RM100 atau RM150 / video
Rekod & edit video bercakap yang real, bukan guna AI. Target untuk build trust audience dengan konten manusia betul.
Anggaran 1 video siap dalam tempoh 24-48 jam.
#3
Untuk pelbagai bisnes dengan bajet iklan sehingga RM500 sehari.
RM2,000 / bulan
Sales meningkat dengan Closing Rate lebih tinggi hasil bantuan WhatsApp AI & High Converting Sales Page.
Tempoh servis selama 30 hari.
#4
Untuk pelbagai bisnes dengan bajet iklan sehingga RM1,000 sehari.
RM4,000 / bulan
Sales meningkat dengan bajet iklan lebih tinggi & jualan berulang dengan blast kepada database pelanggan untuk promo campaigns.
Tempoh servis selama 30 hari.
#5
Untuk pelbagai bisnes dengan bajet iklan Unlimited & fokus kepada Customer Growth
RM12,000 / 3 bulan
Fokus untuk maximize ads spending untuk dapatkan sebanyak mungkin pelanggan baru walaupun breakeven. Dan buat keuntungan besar dengan pelanggan sedia ada. Bukan kejar Sales semata-mata.
Tempoh servis selama 90 hari. ( contract term )

Bajet iklan tidak termasuk dalam harga pakej. Mahu bermula dengan Facebook & Instagram sahaja? RM1,000 / bulan. Lihat harga penuh →

Untuk High-end, kami menyemak bisnes anda dahulu. Kami hanya mengambil klien yang kami yakin boleh mendapat hasil.

Cara kami bekerja

Get. Keep. Grow.

Mendapat leads sahaja tidak cukup. Kami membuat susulan sehingga mereka membeli, dan membeli lagi.

GET

Dapatkan pelanggan

Iklan Meta dan Google, dengan banyak kreatif untuk diuji. Hanya yang berjaya kami scale.

KEEP

Simpan pelanggan

WhatsApp AI dan follow up, supaya leads tidak sekadar membaca mesej tanpa membalas.

GROW

Kembangkan bisnes

Automasi dan sistem, supaya bisnes boleh berkembang tanpa menambah ramai staf.

Bajet iklan anda

Ke mana wang iklan anda pergi?

Yuran servis dan bajet iklan ialah dua perkara berasingan. Anda yang menentukan bajet iklan.

Contoh bulan pertama, Facebook + Google Ads
  • Yuran servisRM1,200 / bulan
  • Bajet iklan minimumRM30 / hari = kira-kira RM900 / bulan
  • Video (pilihan)1 video untuk setiap RM10 / hari bajet = 3 video = RM300 atau RM450

Cara membayar bajet

  1. Bayar yuran servis dahulu.
  2. Selepas 7 hari setup, anda memindahkan bajet iklan mengikut aliran tunai: setiap 3 hari, 7 hari, 14 hari atau sebulan sekali.
  3. Iklan dijalankan menggunakan akaun iklan Adsolution. Anda hanya perlu memberikan akses admin Facebook Page.
PERCUMAWhatsApp AI
PERCUMAWebsite (1 landing page)
PERCUMASocmed Management (30 post berjadual)

RM100

Konsultasi 1-on-1 dengan Aiman

Pernah ada yang bertanya kepada kami: “Saya dah spend RM300 lebih, tapi belum ada purchase. Apa patut saya buat?” Jika anda juga menghadapi situasi ini, jawab 3 soalan ringkas, kemudian isi borang dan tandakan ‘Ya, saya berminat’ untuk menempah sesi.

1 / 3

Apa yang anda dapat

Syaratnya anda mesti dah pernah run ads & ada previous data supaya mudah untuk saya bantu kenalpasti masalah dan cadangkan next action plan.

Konsultasi selama 60 minit melalui Zoom Meeting. Anda akan dapat rakaman, slides & summary sesi konsultasi.

Tempah Sesi RM100

Kenali pengasas

Hai, saya Aiman.

Muhammad Aiman Abd Rahman, pengasas Adsolution

Saya merupakan graduan Computer Science & berpengalaman lebih 7 tahun dalam bidang Digital Marketing. Gabungan minat antara Technical & Marketing melahirkan apa yang anda dapat lihat pada diri saya hari ini.

Tanya Aiman di WhatsApp

Soalan lazim tentang servis digital marketing kami

Berapa kos upah agensi digital marketing di Malaysia?
Apa itu WhatsApp AI chatbot?
Adakah bajet iklan sudah termasuk dalam harga pakej?

Tidak. Bajet iklan berasingan. Kami mengesyorkan minimum RM30 sehari, dan anda membayar selepas 7 hari setup.

Ada servis Google Ads sahaja?

Tiada. Kami menawarkan Facebook + Google Ads, atau Facebook & Instagram Ads.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk setup?

7 hari, selepas yuran servis dibayar.

Bolehkah saya menempah tarikh mula yang lain?

Boleh, dengan deposit RM100.

Lihat semua soalan →

Leads banyak tetapi tidak close? Lihat apa yang kami ubah.

Case Study Percuma
1 / 3

Apa sasaran anda?