Soalan Lazim
Jawapan kepada soalan yang selalu ditanya tentang servis dan panduan Adsolution.
Soalan lazim tentang servis digital marketing kami
Berapa kos upah untuk Adsolution uruskan iklan?
Bermula RM1,200 sebulan untuk Facebook + Google Ads sesuai untuk bisnes setempat. Bajet iklan berasingan, minimum RM30 sehari. Dan High-end Meta Ads bermula RM2,000 sebulan dengan ads spending yang lebih tinggi.
Apa itu WhatsApp AI chatbot?
WhatsApp AI chatbot menjawab mesej pelanggan secara automatik 24 jam, membuat follow up, dan boleh auto closing. Kami boleh setupkan dengan servis caj RM1,000, atau percuma dengan langganan mana-mana pakej servis ads.
Adakah bajet iklan sudah termasuk dalam harga pakej?
Tidak. Bajet iklan berasingan. Kami mengesyorkan minimum RM30 sehari, dan anda membayar selepas 7 hari setup.
Ada servis Google Ads sahaja?
Tiada. Kami hanya menawarkan pakej combo Facebook + Google Ads sahaja.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk setup?
Dalam tempoh 7 hari, selepas yuran servis dibayar.
Bolehkah saya book slot servis marketing?
Boleh, dengan deposit RM100.
Soalan yang sering ditanya.
Berapa kos iklan Facebook di Malaysia?
Bajet iklan minimum RM30 sehari, berasingan daripada yuran servis. Jika menggunakan iklan video, anggaran 1 video bajet iklan minimum RM10 sehari.
Berapa yuran agensi iklan Facebook?
Facebook + Google Ads RM1,200 sebulan. Facebook & Instagram Ads RM1,000 sebulan. High-end Meta Ads dari RM2,000 sebulan. Bajet iklan tidak termasuk.
Berapa lama sebelum iklan dijalankan?
Hubungi kami di WhatsApp, pilih pakej, bayar yuran servis. Selepas 7 hari setup, anda memindahkan bajet iklan dan iklan terus dijalankan. Mahu bermula sedikit lewat? Tempah tarikh dengan deposit RM100.
Bilakah saya boleh melihat hasil?
Secara purata, kami perlukan 30 hari untuk hasilkan kempen iklan yang betul-betul berkesan. Perlu adjust & tambah baik dari masa ke semasa.
Ada kontrak?
Kontrak 3 bulan hanya untuk Pakej Scaling. Sesuai untuk anda yang betul-betul komited untuk kembangkan bisnes. Kami juga akan berikan extra fokus dalam tempoh 3 bulan ini.
Adakah saya mendapat laporan?
Dashboard reporting termasuk dalam pakej Advance dan Scaling. Untuk pakej RM1,000 / RM1,200 hanya akan dapat basic reporting setiap hari di Telegram.
Boleh ambil satu servis sahaja?
Boleh. WhatsApp AI, landing page, 30 poster dan video mempunyai harga tersendiri. Jika mengambil pakej RM1,000 atau RM1,200, WhatsApp AI, 1 landing page dan 30 scheduled posting sudah percuma.
Ada servis Google Ads sahaja?
Tiada. Kami menawarkan Facebook + Google Ads, atau Facebook & Instagram Ads.
Bagaimana WhatsApp AI chatbot berfungsi?
WhatsApp AI menjawab mesej pelanggan, membuat follow up dan closing secara auto 24 jam sehari. Harga RM1,000 sekali bayar, atau percuma dengan pakej RM1,000 / RM1,200.
Soalan tentang Facebook + Google Ads
Apa perbezaan iklan Facebook dengan iklan Google untuk bisnes servis?
Facebook memperkenalkan servis anda kepada orang yang belum mengenalinya. Google pula muncul apabila orang memang sedang mencari. Selepas mereka klik, tawaran anda dan cara anda melayan mereka yang menentukan sama ada mereka membeli atau tidak.
Berapa yuran servis Facebook dan Google Ads sebulan?
RM1,200 sebulan, tidak termasuk bajet iklan. Minimum bajet iklan yang kami syorkan RM30 sehari.
Pakej Facebook + Google Ads termasuk kempen Google jenis apa?
Google Search Ads. Iklan Google dijalankan menggunakan akaun Google Ads agensi kami, jadi anda hanya perlu memindahkan bajet iklan.
Bilakah bajet iklan perlu dipindahkan untuk pakej Facebook + Google?
Selepas setup 7 hari. Yuran servis dahulu, bajet iklan kemudian. Bayaran boleh dibuat setiap 3, 7 atau 14 hari, atau terus untuk sebulan.
Bolehkah saya menempah tarikh mula servis iklan yang lebih lewat?
Boleh. Bayar deposit RM100 untuk menempah tarikh. Jika mahu bermula terus, bayar yuran servis dan kami terus membuat setup.
Ada caj lain selain yuran servis dan bajet iklan?
Anda membayar yuran servis dan bajet iklan. Bonus pakej itu percuma, termasuk Landing Page selagi dihoskan di BCL.my. Hosting BCL.my percuma buat masa ini. Jika memerlukan video untuk iklan Facebook, add-on itu pilihan: RM100 satu video jika anda merakam, atau RM150 jika content creator merakam →
Berapa lama sebelum hasil dapat dilihat?
Setup mengambil masa 7 hari. Selepas bajet dibayar, iklan dijalankan. Dalam kes Cost Per Lead RM34.12 tadi, kos mula turun pada hari ketiga. Tetapi setiap bisnes berbeza, jadi kami tidak menjanjikan tarikh.
Soalan Lazim Tentang Iklan Di Facebook
Berapa kos iklan Facebook di Malaysia?
Dengan kami, yuran servis Facebook Ads RM1,000 sebulan. Bajet iklan dibayar berasingan, minimum yang kami syorkan RM30 sehari.
Perlukah akaun iklan sendiri untuk menggunakan servis Facebook dan Instagram?
Tidak perlu. Iklan dijalankan menggunakan akaun iklan Adsolution. Anda hanya perlu memberikan akses admin Facebook Page kepada kami.
Apa fungsi WhatsApp AI percuma itu?
WhatsApp AI dalam pakej ini mempunyai auto reply 24/7, auto follow up dan auto closing. Jumlah jualan yang berjaya tetap bergantung pada kualiti Leads dan Offer anda.
Berapa post media sosial termasuk dalam pakej iklan?
30 post yang sama kami jadualkan di Facebook, Instagram dan Threads, satu post sehari di setiap platform. Percuma dengan pakej ini.
Adakah Landing Page percuma itu mempunyai syarat hosting?
Ada satu. Landing Page itu kekal percuma selagi dihoskan di BCL.my, dan hosting BCL.my percuma buat masa ini.
Bisnes jenis apa yang boleh menggunakan servis ini?
Apa-apa niche pun boleh. Case study kami sendiri meliputi bisnes servis (B2B) dan bisnes produk (B2C). Ceritakan apa yang anda jual, kita lihat bagaimana pelanggan anda biasanya membeli.
Soalan lazim tentang Panduan Basic Meta Ads
Adakah panduan ini betul-betul percuma?
Ya. Pakej FREE tidak perlu bayar. Pakej RM49 hanya pilihan.
Apakah format panduan ini?
Panduan Basic disediakan dalam bentuk rakaman video dan slaid.
Bagaimana saya dapat akses?
Selepas anda menghantar borang, anda akan dibawa ke halaman akses. Kami juga menghantar akses melalui e-mel dan WhatsApp.
Boleh dapat akses tanpa setuju terima maklumat pemasaran?
Tidak. Kotak persetujuan pemasaran wajib ditandakan untuk mendapatkan akses. Kami menghantar maklumat pemasaran maksimum 4 kali sebulan. Anda boleh membalas STOP pada bila-bila masa untuk berhenti menerima maklumat pemasaran.
Berapa lama akses ini?
Seumur hidup, untuk Pakej FREE dan Pakej RM49.
Adakah Pakej RM49 termasuk kos alat yang digunakan?
Tidak. Langganan atau bayaran alat seperti ChatGPT, WhatsApp AI dan landing page dibayar sendiri secara berasingan. RM49 ialah untuk bahan panduan.
Belum Bersedia Untuk Serahkan Pengurusan Iklan Kepada Kami?
Baca dahulu 24 case study kami, termasuk kempen yang tidak berjaya, kemudian anda membuat keputusan.
Case Study Percuma






